Tujuan penubuhan blog ini adalah untuk mmbantu masyarakat tentang cerita rakyat dahulu kala oleh masyrakat malaysia..terima kasih buat pembaca yang memilih blog ini dan selamat membaca.. :)

BURUNG MURAI & BURUNG MERBAH

Pada suatu hari, seekor burung murai telah bertemu dengan seekor burung merbah. Pada ketika itu, Sang Merbah sedang membuat sarangnya. Sambil ketawa, Sang Murai berkata, “ Hai Sang Merbah! Aku sangat kasihan melihat keadaan kamu ini. Setiap masa kamu terpaksa bermandi peluh. Lihatlah aku ini. Hidup bebas terbang ke sana sini.” Sang Merbah lalu berkata, “Tak apalah, wahai Sang Murai. Aku membuat sarang ini sebagai langkah berjaga-jaga. Lagipun, tidak lama lagi musim hujan akan tiba.” Selang beberapa hari, Sang Murai datang lagi ke tempat Sang Merbah. Sang Murai terkejut melihat sebuah sarang yang cantik telah pun siap dibina. Kebetulan pada masa itu hujan turun dengan lebatnya. Sang Murai basah kuyup. Sang Merbah pula selesa berlindung di dalam sarangnya. Lalu Sang Merbah berkata, “ Wahai Sang Murai, kalau kita ringan tulang, tentulah kita akan mendapat faedahnya. Sebaliknya jika kita berat tulang, diri sendiri yang akan rugi.” Sang Murai berasa sangat malu, lalu beredar dari situ. Pengajaran dalam cerita ini ialah kita tidak boleh memandang rendah kebolehan orang lain.

singa & tikus

Pada suatu hari di sebuah hutan, seekor singa sedang nyenyak tidur. Tidak jauh dari situ, seekor tikus sedang bermain dengan rama-rama. Perbuatan tikus dan rama-rama itu telah mengganggu raja rimba. Singa berasa amat marah dan ingin menyerang tikus. Tikus cuba melarikan diri. Tiba-tiba, tikus berkata, “Jika awak melepaskan saya, saya tidak akan melupakan jasa baik awak hingga ke akhir hayat.” Singa pun bersetuju dan melepaskan tikus itu. Beberapa hari kemudian, singa mengaum sambil meronta-ronta. Singa terkena perangkap pemburu. Tikus datang dan memutuskan jaring dengan giginya. Singa berkata, “Kalau engkau tidak menolong aku, sudah tentu aku dibunuh oleh pemburu.” Sejak hari itu, mereka telah menjadi kawan baik. Pengajaran dalam cerita ini ialah kita mestilah selalu menepati janji.

sang kancil dengan monyet

Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak sebatang pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas pokok jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang Monyet, "Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!" Tetapi Sang Monyet enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu dengan sebatang kayu kecil. Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik beberapa biji jambu. Sang Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat gembira. "Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet. Sang Monyet terdiam apabila mendengar Sang Kancil berkata begitu."Sekarang aku dapat makan buah jambu," ujar Sang Kancil. Sang Kancil segera makan buah jambu itu. "Pandai sungguh Sang Kancil memperdayakan aku," kata Sang Monyet di dalam hatinya. Sang Monyet berasa malu

burung layang-layang

Dalam sebuah hutan yang tebal, tinggal seekor burung layang-layang yang suka meniru. Pada suatu petang, burung layang-layang telah mendengar suara teriakan daripada burung-burung yang lain. "Ke tepi! Ke tepi! beri laluan kepada raja Burung. " Burung layang-layang berasa hairan mendengar teriakan tersebut. Tidak lama kemudian, beberapa ekor burung merak melalui kawasan itu. Burung layang-layang terpegun melihat kecantikan bururng merak. Maka, timbullah perasaan pada burung layang-layang yang ingin menjadi seperti burung merak. burung layang-layang menoleh ke kiri dan ke kanan lalu melihat beberapa helai bulu burung merak tercicir di atas tanah. Apabila kumpulan burung merak telah berlalu, burung layang-layang mengutip semua bulu merak yang tercicir di atas tanah dan menyisipkan ke badannya. Apabila selesai, burung layang-layang berjalan di atas laluan burung merak tadi.Burung-burung lain yang melihatnya berteriak," Ke tepi! Ke tepi! Berikan laluan kepada Raja Burung." Burung layang-layang berasa sangat seronok dan berjalan lebih pantas sehingga terlupa tentang bulu-bulu burung merak yang disisipkan di badannya. Lalu, satu demi satu bulu burung merak tertanggal dan tercicir di atas tanah. Burung-burung lain yang menyaksikan kejadian tersebut ketawa berdekah-dekah sambil berteriak, " Rupa-rupanya burung layang-layang menyamar menjadi Raja Burung." Burung layang-layang berlalu dari situ sambil menundukkan kepalanya kerana berasa sangat malu. Semasa berjalan dengan kepala bertunduk, burung layang-layang telah terlanggar burung merak. Apabila burung layang-layang mendongak, dia mendapati burung merak sedang berdiri di hadapannya dengan muka yang bengis. Burung merak berkata, " kami tidak suka kepada burung yang cuba menyamar menjadi burung yang lain. Pergi dari sini!" Burung layang-layang segera terbang meninggalkan kawasan tersebut. Semasa terbang, burung layang-layang ternampak sekumpulan burung seakan-akan serupa dengan dirinya. Burung layang-layang mendekati burung dalam kumpulan tersebut. Seekor burung dalam kumpulan itu bertanya, "Anda ahli baru dalam kumpulan inikah?" Burung layang-layang pun menjawab, "Ya, saya ahli baru dalam kumpulan ini." Burung layang-layang berasa sangat gembira kerana telah mendapat sahabat baru.

kong zhi meminta tunjuk ajar budak kecil

Kong Zhi merupakan seorang sasterawan dan tokoh pemikir yang terkenal pada zaman dahulu. Pada suatu hari, Kong Zhi dan anak muridnya pergi ke suatu tempay dengan menaiki kereta kuda. Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan seorang budak yang berumur enam tahun. Budak itu sedang bermain di tengah jalan. Anak muriod Kong Zhi yang melihat keadaan ini mengarahkan budak itu supaya ke tepi. Budak kecil itu menjawab, " Di sini ada sebuah kota, elok tuan cari jalan lain untuk lalu dari sini." Anak murid Kong Zhi nampak ada sebuah kota batu yang telah dibina di atas tanah. Anak murid Kong Zhi berasa lucu dan berkata, " Budak nakal, cepat beri laluan! " Budak kecil itu berkeras untuk tidak beralih. Dia berkata, "Boleh, dengan syarat tuan dapat menyatakan kebenaran. Adakah kota saya perlu elakkan kereta tuan, atau tuan yang perlu elakkan kota saya? Sejak dahulu lagi, keretalah yang berjalan mengelilingi kota, mana ada kota yang beri laluan kepada kereta!" Kong Zhi yang tertarik dengan percakapan budak itu turun dari kereta kuda dan berkata, "Kata-kata kamu memang benar, tetapi kami kesempitan masa. Bolehkah kamu berikan kami laluan?" Budak kecil itu pula berkata lagi," Saya dengar tuan seorang yang berpengetahuan luas. Kalau tuan dapat menjawab soalan saya, saya akan beri laluan kepada tuan." Kong Zhi bersetuju dengan cadangan itu. Budak kecil itu menunjukkan ke arah langit dan bertanya,: Kita boleh nampak bintang di langit. Berapa banyakkah bintang di langit?" Kong Zhi menjawab, " Tetapi bintang di langit terlalu banyak. Bagaimanakah boleh kita mengiranya?" Budak kecil itu berkata lagi, " Bintang di langit banyak. Matahari pula satu sahaja. Pada waktu pagi, matahari menjadi besar, tetapi kecil semasa tengah hari. bolehkah tuan memberitahu saya, bilakah matahari paling dekat dan paling jauh dari kita?" Kong Zhi terkejut mendengar soalan nudak kecil itu. Beliau berfikir sejenak. Kemudian beliau berkata, " Saya sangat menyesal. Walaupun saya berpengetahuan, tetapi masih tidak cukup. Silalah beri tunjuk ajar kepada saya." Budak kecil itu melihat Kong Zhi begitu bersopan, lalu dia pun memberikan laluan kepada mereka. Sejak peristiwa itu, Kong Zhi mengajar muridnya supaya mengaku jika tahu dan jangan berpura-pura tahu jika tidak tahu. Kita sepatutnya meminta tunjuk ajar daripada sesiapa sahaja yang berpengetahuan kerana ilmu tiada batasnya

ahli sihir yang angkuh

Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang ahli sihir termasyhur di pekan itu lalu mencabar penduduk di pekan itu. " Wahai penduduk kampung, saya seorang ahli sihir terkemuka di India. Adakah sesiapa antara anda yang berani mencabar saya? Saya boleh melakukan atau menunaikan apa-apa sahaja yang anda pohon." Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata, " Wahai Tukang Sihir, saya ingin mencabar anda. Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan saya?" "Boleh, mintalah apa-apa sahaja , akan saya kabulkan permintaan anda," kata Tukang Sihir. "Baiklah Tukang Sihir, saya akan melakukan sesuatu dengan mata saya tertutup, tetapi Tukang Sihir melakukannya dengan mata yang terbuka," kata Thenaliraman. " Ha! Ha! Ha! Mudahnya permintaan anda," kata Tukang Sihir. Thenaliraman pun duduk bersila dan menutup matanya. Dengan menggunakan tangan kanannya, dia mengambil segenggam pasir dan melemparkan ke arah matanya. " Baiklah Tukang Sihir, sekarang tunjukkanlah kehandalan Tukang Sihire dengan melakukan seperti yang saya lakukan tadi dengan mata yang terbuka," kata Thenaliraman. Tukang Sihir itu terdiam, Dia tahu bahawa dia tidak boleh melakukan seperti yang diminta. Tukang Sihir itu sedar akan kesalahannya yang terlalu bersikap angkuh. Dia meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus meninggalkan pekan itu